Ucapan Wong Hon Wai, Ahli Dewan Undangan Air Itam pada 21-8-2016 di
Jalan Zoo, Air Itam, Pulau Pinang sempena majlis pelancaran oleh
Ketua Menteri berkenaan projek penyambungan dan menaiktaraf Jalan Zoo
dari simpang jalan Air Itam ke Jalan Kampung Pisang.
Sebagai wakil rakyat kawasan Air Itam,
saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan
Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, kerana menjaga kawasan
Air Itam dan melaksanakan banyak projek pembinaan jalan baru dan
pelebaran jalan di kawasan Air Itam dan kawasan sekitarnya.
Antara lain:
- Pelebaran Lorong Batu Lanchang (telah siap)
- Pelebaran Lebuhraya Thean Teik (telah siap)
- Pelebaran Jalan Masjid Negeri berdekatan Hanchiang (telah siap)
- Pelebaran Jalan Pisang Embun dan kawasan sekitar (sedang dilaksanakan)
- Pelebaran Jalan Masjid Negeri berdekatan Kuarters Kerjaaan (sedang dilaksanakan)
- Pembinaan Paya Terubong paired-road (sedang dilaksanakan)
- Pembinaaan Lebuhraya Air Itam by-pass yang bersambung ke Lebuhraya Tun Lim Chong Eu (akan dimulakan)
- Pembinaan jambatan yang menghubungkan Jalan Zoo dan Jalan Kampung Pisang (sedang dilaksanakan).
8 inisiatif dalam masa pemerintahan
Pakatan di Pulau Pinang sepanjang 8 tahun. Ini membawa kebaikan bukan
sahaja kepada Air Itam, tetapi Air Putih, Bukit Bendera dan Paya
Terubong.
Zoo Road dinamakan oleh orang British
kerana di sini memang ada satu Penang Zoological Gardens yang
ditubuhkan pada tahun 1920an, antara zoo yang paling awal di negara
kita. Terdapat lebih kurang 10 jenis haiwan termasuk harimau dan
singa. Tetapi, zoo tersebut ditutup sebelum Perang Dunia Kedua.
Zoo Road adalah satu jalan yang
fragmented dan berpisah. Terdapat 3 bahagian Zoo Road iaitu (a) dari
Jalan Air Itam sampai Sungai Air Itam (b) Jalan Pisang Embun sampai
ke Jaloan Kampung Pisang (c) di Farlim: Solok Zoo 1, Jalan Ru 1
sehingga Lebuhraya Thean Teik.
Projek Kerajaan Negeri kali ini
menyambungkan 2 bahagian Zoo Road untuk meleraikan trafik dan
penduduk tidak perlu bersesak di Pekan Air Itam dan boleh menggunakan
jalan alternatif ini untuk sampai ke destinasi mereka dengan lebih
cepat.
Di kawasan ini juga, 8 nama jalan
menggunakan nama pisang (1) Jalan Kampung Pisang (2) Jalan Pisang
Tanduk (3) Jalan Pisang Raja (4) Jalan Pisang Nangka (5) Jalan Pisang
Emas (6) Jalan Pisang Rastari (7) Jalan Pisanng Embun (8) Jalan
Pisang Awak. Tetapi pokok-pokok pisang semakin kurang dan pisang
hanya bolehlah dibeli dari Pasar Air Itam.
Saya ucapkan terima kasih kepada
penduduk yang memberi laluan kepada pembangunan dan jiran-jiran yang
bersabar sementara projek ini dijalankan. Kita akan menjemput Ketua
Menteri untuk datang sekali lagi ke kawasan ini apabila upacara
penyempurnaan dan perasmian jambatan dan jalan baru ini siap pada Jun
2017. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment